Penganggur ditahan reman empat hari bantu kes kematian tiga sekeluarga - Utusan Malaysia

Penganggur ditahan reman empat hari bantu kes kematian tiga sekeluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Polis hari ini berjaya mendapatkan perintah reman terhadap seorang lelaki berusia 37 tahun bagi membantu siasatan kes mati lemas melibatkan tiga sekeluarga di tiga lokasi berbeza iaitu Sungai Tambun Tulang, Sungai Arau dan tali air Kampung Che Ok semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah.

Suspek yang merupakan seorang penganggur tiba di Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira pukul 10 pagi tadi dengan diiiringi dua pegawai polis dalam pakaian lokap serta bergari.

Dia direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri dan Seksyen 35(e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 kerana menyembunyikan kematian.

Kosmo! Online melaporkan hari ini, empat beranak dari Sungai Petani, Kedah dikhuatiri menemui ajal bersama apabila mati lemas di Sungai Arau, Arau dekat sini selepas kesemuanya dilaporkan hilang semalam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, keempat-empat mangsa iaitu Baharom Ahmad, 66, dan isteri, Norman Pin, 64; serta dua anak mereka iaitu Norzalina, 35, ditemui lemas antara pukul 9 pagi dan 1 tengah hari sementara anak sulung, Mohd. Zali, 37, masih belum ditemui.

Ujar Noor Mushar, pihaknya menemui dua mayat wanita iaitu Norma yang hanyut di Sungai Tambun Tulang dan Norazalina di dalam Sungai Arau.

“Mayat Baharom kemudian ditemui pukul 1 tengah hari di tali air Kampung Che Ok beberapa kilometer dari tempat anaknya ditemui. Anak lelaki sulungnya masih belum ditemui,” katanya dipetik.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Mushar ketika dihubungi sebentar tadi berkata, suspek itu ditahan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 10 malam semalam.

“Siasatan awal mendapati kes ini melibatkan bunuh diri dengan meminum racun akibat tekanan perasaan kerana hutang,” katanya ketika dihubungi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN