Penganggur didakwa bunuh ibu kandung - Utusan Malaysia

Penganggur didakwa bunuh ibu kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya dengan mencampakkan mayat wanita itu ke dalam lubang kumbahan najis dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohammad Firdaus Ismail, 29, mengangguk faham pertuduhan ke atasnya yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan daripada tertuduh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Faridah Mat Hashim, 63, di kediaman mereka di Jalan Bahru di sini antara pukul 6.30 pagi hingga 8 malam, 19 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Kanun sama yang boleh membawa hukuman mati jika sabit bersalah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Biro Bantuan Guaman Kebangsaan, Edmund Anthony. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini