SERDANG- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa semua rakyat untuk tidak berhenti daripada belajar kerana pendidikan adalah kerja sepanjang hayat. Perdana menteri berusia 93 tahun itu berkata, Malaysia mahu terus maju dan diiktiraf sebagai negara maju sepenuhnya dan untuk mencapai tujuan itu rakyat negara ini perlu terdidik sepenuhnya. Katanya, pendidikan pada hari ini bukan sekadar belajar tentang sejarah atau kesusasteraan tetapi lebih kepada belajar tentang sains baharu yang merevolusikan…









