KUALA LUMPUR 17 Okt. – Seorang pemilik sebuah pusat rekreasi sukan paintball mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini atas pertuduhan mencederakan empat beranak Orang Asli dengan menolak badan, menumbuk dan mencekik leher mangsa, bulan lalu. Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Roslim Abu, 55, didakwa dengan sengaja mencederakan Rogayah Mohamed, 52, dan tiga anaknya, Rohaizad Shah Mohd. Shahbi Burok, 33, Mohd. Nizar, 32, dan Nurul Najihah, 21. Ketika kejadian, tertuduh didakwa menolak belakang badan Rogayah, menumbuk muka Rohaizad Shah, menumbuk mulut Mohd. Nizar dan mencekik leher…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya