KUALA LUMPUR 21 Okt. – Calon Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin meluahkan rasa kesalnya apabila mendakwa ada calon-calon dalam pemilihan parti dilihat seperti mengambil kesempatan terhadap golongan warga emas untuk meraih undi. Dakwanya, segelintir calon mengambil kesempatan terhadap kenaifan golongan tua yang tidak begitu mengenali siapakah pemimpin yang bertanding, namun tetap dibawa ke pusat pengundian. “Ini menunjukkan masih ada kelemahan (pemilihan PKR). Dari segi kematangan, ia tidak dicapai,” katanya kepada…










