Pemilihan PKR lancar di Terengganu - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR lancar di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 5 Okt. – Proses pengundian bagi pemilihan di semua Cabang PKR di
seluruh negeri ini hari ini berlangsung dengan tenang dan terkawal yang bermula kira-kira pukul 9
pagi.

Antara yang menjadi tumpuan ialah Pusat Pemilihan Kuala Terengganu di Dewan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (Dewan Seri Budi) di Jalan Sultan Omar di sini yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu.

Pertandingan itu melibatkan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang dicabar oleh Mohd. AlFaizal Jamed dan Md. Shuhaimi Ismail.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, dijangka 60 peratus daripada 12,000 ahli PKR di Terengganu yang layak mengundi
di semua cabang di negeri ini dengan tempoh pengundian dijangka tamat kira-kira pukul 5 petang
ini.

Pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) turut memaklumkan bahawa tiada sidang akhbar
berkaitan keputusan pemilihan dibuat namun kesemua keputusan pemilihan akan disiarkan di
laman web rasmi, www.pemilihankeadilan2018.

Dalam pada itu, Ketua Pengawas Pemilihan Cabang Kuala Terengganu, Abdul Manaf Yusof
berkata, jumlah pengundi yang layak di cabang berkenaan adalah seramai 1,375 orang.

Sehubungan itu beliau menasihatkan para pengundi agar tidak perlu risau dengan penggunaan
sistem E-Undi memandangkan sistem itu di Terengganu telah ditambah baik selain memberi
jaminan proses pengundian berjalan lancar.

Berikut pecahan ahli PKR yang layak mengundi di setiap cabang di Terengganu iaitu Hulu
Terengganu (1,195 ahli), Kuala Terengganu (1,375 ahli), Dungun (1,347 ahli), Setiu (1,218 ahli),  
Marang (561 ahli), Besut (2,312 ahli), Kuala Nerus (846 ahli) dan Kemaman (2,560 ahli).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini