KOTA BHARU 5 Okt. – Sebanyak 42,300 ahli PKR di negeri ini mula menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih kepemimpinan baharu parti itu bermula pukul 8 pagi ini. Sebanyak 14 pusat pengundian dibuka sehingga pukul 5 petang ini dan keputusan dijangka diketuhai kira-kira 3 jam selepas itu. Setakat ini proses pengundian berjalan lancar biarpun cuaca agak redup. Pun begitu dijangka hanya 50 peratus daripada jumlah keselurahan ahli tersebut akan menunaikan tanggungjawab…










