DUNGUN 5 Okt. -Proses pemilihan PKR Cabang Dungun hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak menyenangkan hari ini.
Pengundian yang berlangsung di Dewan Rekreasi Kong Ee menyaksikan pertandingan bagi semua jawatan.
Ketua Cabang, Abdul Rahman Yusof yang juga bekas calon PKR bagi Parlimen Dungun dicabar oleh Naib Ketuanya, Mohamed Padeli Jusoh.
Padeli yang juga calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau Abang mengakui laluannya sukar dan saingan sengit kerana mencabar ketua.
“Semua calon mempunyai potensi untuk menang dan saya mengharapkan pengundi memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui cabang.
“Bukan kerana kepemimpinan yang dahulu tidak bagus tetapi kita mahu lakukan lebih banyak penambahbaikan dan menjadikan PKR Dungun lebih mantap,” katanya. – UTUSAN ONLINE











