TANJONG KARANG 28 Okt. – Proses Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tanjong Karang tertangguh sejam gara-gara masalah teknikal komputer. Pengundi yang sepatutnya membuat undian di Dewan Orang Ramai Sungai Gulang-gulang di sini, pada pukul 10 pagi hanya dapat berbuat demikian mulai pukul 11 pagi. Namun begitu difahamkan, pusat undian tersebut tetap akan ditutup pada pukul 5 petang tanpa ada tambahan masa. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya