TANAH MERAH 5 Okt. – Proses pemilihan PKR cabang ini agak kecog apabila para pengundi cuba merempuh masuk ke dalam Dewan Orang Ramai Kg. Bendang Nyior. Kejadian berpunca akibat kawasan yang menjadi pusat pengundian itu terlalu kecil bagi menampung hampir 3,000 pengundi. Tinjauan Utusan Malaysia ketika jam 12 tengah hari mendapati hanya sekitar 100 pengundi sahaja yang selesai mengundi sejak pukul 9 pagi. Seorang ahli PKR, Fatimah Ali, 60, berkata,…










