PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk mengadakan pemeriksaan berterusan terhadap pemboleh dalam ekosistem pendidikan tinggi, termasuk pembiayaan, tadbir urus, inovasi, pengantarabangsaan, pembelajaran dalam talian dan penyampaian, kata Menteri Pendidikan, Maszlee Malik. “Hanya dengan itu kita dapat memperoleh keputusannya bagi pemegang kepentingan utama kita dalam sistem pendidikan tinggi, merangkumi graduan holistik berciri keusahawanan seimbang; kecemerlangan bakat; graduan TVET (pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional) berkualiti dan Malaysia sebagai negara pembelajaran sepanjang hayat,”…










