Pembeli utamakan carian dalam talian - Utusan Malaysia

Pembeli utamakan carian dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Pembeli kenderaan sema­kin bergantung kepada sumber dalam talian seperti laman web pengeluar, pihak ketiga dan halaman di media sosial bagi mendapatkan maklumat, menurut kaji selidik Indeks Kepuasan Jualan Malaysia (pasaran massa) J. D. Power 2018.

Pengurus Negara Malaysia J. D. Power, Muhammad Asyraf Mustafar berkata, kebanyakan pembeli mahu mendapatkan maklumat seperti harga kenderaan, ciri-ciri serta spesifikasi dan mereka cende­rung untuk menghubungi pengedar sebelum berkunjung ke bilik pameran bagi meneliti maklumat yang diperoleh.

Menurut beliau, sebahagian besar pembeli yang menggunakan internet turut memban­dingkan harga daripada pengeluar berbeza berbanding mereka yang tidak membuat kajian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Para pembeli kereta di Malaysia terutama golongan muda lebih mementingkan harga dan sebab itu mereka beralih kepada saluran dalam talian untuk mencari tawaran terbaik. Pengeluar harus memadankan penawaran produk dengan sebab-sebab utama pembelian oleh pelanggan.

“Jenama yang menawarkan harga kompetitif menerusi opsyen pembiayaan fleksibel, penjimatan bahan api lebih baik, pakej penyelenggaraan yang sesuai dan nilai selepas jualan yang lebih tinggi berkemungkinan besar untuk menarik lebih ramai pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Tambah Muhammad Asyraf, beberapa penemuan tambahan mendapati pembeli lebih berpuas hati apabila kakitangan pengedar memberi penjelasan menyeluruh berkenaan ciri-ciri yang terdapat pada kenderaan.

Katanya, perunding jualan mempunyai autonomi untuk bersetuju kepada terma-terma urus niaga berbanding perun­ding yang memerlukan kelulusan penyelia mereka turut menyumbang kepada kepuasan keseluruhan lebih tinggi.

“Kepuasan pelanggan juga meningkat apabila perunding jualan menggunakan peralatan digital seperti tablet, telefon pintar dan paparan atau kiosk sesentuh,” ujarnya.

Berdasarkan ranking kepuasan jualan, Nissan berada di tempat pertama diikuti Isuzu dan Honda, Toyota dan Mitsubishi.

Bagi jenama tempatan seperti Proton dan Perodua, masing-masing berada di kedudukan keenam dan ketujuh iaitu di bawah purata kaji selidik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini