MUAR 21 Okt. – Pembangunan fasiliti sukan perlu diwujudkan di semua tempat termasuk kawasan luar bandar supaya dapat meningkatkan penglibatan golongan B40 bergiat aktif dalam sukan. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang berusaha memberikan peluang seluas-luasnya kepada golongan itu yang secara tidak langsung mengamalkan gaya hidup sihat. “Tak adil jika pembangunan sukan hanya berfokus kepada kumpulan M40 dan T20. Justeru, perlu ada kesaksamaan pembangunan…










