Pembangunan 
seimbang setiap daerah - Utusan Malaysia

Pembangunan 
seimbang setiap daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 17 Okt. – Kerajaan negeri masih mampu melaksanakan projek pembangunan dan pengurusan terbaik walaupun menghadapi kekangan ekonomi global yang tidak memberangsangkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hal ini kerana negeri ini mempunyai banyak sumber ekonomi yang boleh dieksploitasi sebagai aset tetap pembangunan.

Beliau berkata, hakikatnya sebahagian besar program pembangunan yang dirancang telah dilaksanakan untuk rakyat dan bakinya akan diteruskan mengikut keutamaan.

“Kita yakin hasil perancangan teliti, dijangka kira-kira RM1 bilion dapat dikutip tahun ini melalui pelbagai cukai seperti royalti empangan Jelai, cukai tanah, air, pembalakan dan lain-lain,” katanya dalam majlis ramah mesra bersama penduduk di Dewan Orang Ramai di Kampung Lubuk Kulit, di sini baru-baru ini.

Wan Rosdy berkata, dijangka negeri ini mempunyai lebihan pendapatan lebih RM200 juta sekali gus tidak mengalami defisit perbelanjaan.

Katanya, sokongan Kerajaan Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri memberi kelebihan kepada Pahang merancang pembangunan yang seimbang di setiap daerah.

Dalam perkembangan lain, be­liau yang juga Ahli Dewan Un­dangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, kerajaan negeri mengamalkan prinsip menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat.

“Sebagai sebuah negeri pembangkang, Pahang tidak wajar memencilkan diri tetapi berusaha bekerjasama dengan Kerajaan Pusat demi kelangsungan projek pembangunan untuk rakyat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN