DALAM konteks negara bangsa dan dunia moden yang bersistemkan demokrasi hari ini, wacana segar mengenai Fiqh al-Muwatonah atau Fikah Kewarganegaraan wajar diangkat dan didiskusikan secara menyeluruh. Fiqh al-Muwatonah adalah sebahagian daripada Fiqh Siyasah yang terbuka kepada ijtihad dan ruang untuk berwacana. Hubungan sesama warganegara perlu diberikan dimensi baharu yang lebih segar khususnya bagi membendung fahaman bersifat radikal dan ghuluw (melampaui batas) yang akhirnya mencetuskan permasalahan dan konflik. Fiqh al-Muwatonah mengangkat…










