Pemandu tanpa lesen langgar besi penghadang jalan - Utusan Malaysia

Pemandu tanpa lesen langgar besi penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 18 Okt. – Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila kenderaannya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang di Kilometer 405.8, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan Ajil-Telemong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, mangsa, Tuan Sharul Iqram Tuan Husin, 22, dari Kuantan, Pahang bagaimanapun, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu.

Katanya, penumpang lori tersebut, Lee Mooi Fong, 53, hanya mengalami luka pada dahi kini dirawat di Hospital Hulu Terengganu.

“Lori tiga tan yang membawa muatan bot itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Machang, Kelantan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum masuk ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, siasatan mendapati cukai jalan lori berkenaan tamat tempoh pada 27 Disember depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN