GERIK – Seorang pemandu bas ekspres maut selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori sebelum melanggar treler membawa muatan dawai besi di Kilometer 38.2, Jalan Raya Timur-Barat di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Abdul Ghani, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati bas ekspres yang dipandu mangsa dalam perjalanan ke Jeli dari arah Gerik dan membawa seramai 30 penumpang. Ikuti berita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya