Peluncur udara lemas terjatuh dalam sungai - Utusan Malaysia

Peluncur udara lemas terjatuh dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – Seorang peluncur udara ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kuala Muda di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, mangsa yang berusia 30 tahun menjalankan aktiviti tersebut bersama seorang lagi rakannya di Dataran Dato Ali di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa yang merupakan ahli persatuan paraglider dipercayai terjatuh selepas enjin layar udara yang digunakan mengalami kerosakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas kira-kira lima minit terbang secara tiba-tiba enjin layar udara mangsa mengalami kerosakan sebelum terjatuh ke dalam sungai berhampiran,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, orang ramai yang melihat kejadian tersebut cuba membantu mangsa namun gagal kerana dibawa arus deras.

“Mangsa dijumpai kira-kira satu kilometer dari tempatnya jatuh,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini