KOTA SAMARAHAN 9 Sept. – Seorang pelajar tahun dua Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini, cedera parah selepas terjatuh dari tingkat dua, Blok A, Kolej Tun Ahmad Zaidi petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.55 petang itu, Nur Syakhirin Amalina Mohd Ruzi, 23, dari, Kelantan mengalami kecederaan teruk membabitkan tulang belakang dan kepala. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Lee Chong Chern berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa cuba bergerak dari…










