SAUDARA PENGARANG, SAYA tertarik untuk mengupas kenyataan Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar bagi menurunkan had umur perkahwinan kepada 14 tahun bagi perempuan dan 16 tahun bagi lelaki untuk membendung masalah sosial. Memang benar, semua orang ada keinginan untuk berkahwin kerana perkahwinan adalah medium bagi menghalalkan suatu perhubungan namun ia adalah satu tanggungjawab yang sangat besar. Umur 14 tahun adalah satu usia yang terlalu naif untuk menggalas sebarang gelaran…










