PULAU PINANG 1 Okt. – Seorang pekerja subkontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini meninggal dunia selepas 10 hari dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat melecur teruk dalam insiden letupan dan kebakaran di Bayan Lepas baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, mangsa, Mohd. Zulfaiz Abd. Wahab, 27, meninggal dunia kira-kira pukul 3.17 petang tadi. “Hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan…










