Pekerja Indonesia harap rakan selamat - Utusan Malaysia

Pekerja Indonesia harap rakan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 19 Okt. – Seorang buruh warga Indonesia,Kasran Rajuni berharap rakan sekampungnya yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong di sini selamat ditemui.

Kasran,28, dari Kota Bau- Bau, Sulawesi Utara berkata, dia kali terakhir bertemu rakannya kira – kira dua bulan lepas.

“Saya terkejut apabila diberitahu tentang kejadian yang berlaku kepada rakan – rakan di sini dan bergegas ke sini dari tempat kerja di Batu Maung,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Kasran berkata, dia sudah lima tahun bekerja di negeri ini manakala rakannya masih baru. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN