Pejabat Menteri Besar kesal kenyataan fitnah pelantikan Menteri Besar baharu - Utusan Malaysia

Pejabat Menteri Besar kesal kenyataan fitnah pelantikan Menteri Besar baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Pejabat Menteri Besar melahirkan rasa kesal terhadap dakwaan pelantikan Menteri Besar baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar itu, Mohd. Fisol Jaafar berkata, dakwaan tersebut adalah palsu dan fitnah.

“Ia kenyataan nakal daripada pihak tertentu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara peringkat Kedah di pekarangan Kompleks Belia dan Sukan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kosmo! Online semalam melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul menolak khabar angin yang mendakwa beliau bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.

Selain itu, Mohd. Fisol memberitahu, ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga sudah mengeluarkan kenyataan semalam bahawa isu pelantikan Menteri Besar Kedah baharu yang menjadi viral itu adalah fitnah.

Difahamkan Mukhriz akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini