ALOR SETAR – Pejabat Menteri Besar melahirkan rasa kesal terhadap dakwaan pelantikan Menteri Besar baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu. Setiausaha Akhbar Menteri Besar itu, Mohd. Fisol Jaafar berkata, dakwaan tersebut adalah palsu dan fitnah. “Ia kenyataan nakal daripada pihak tertentu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara peringkat Kedah di pekarangan Kompleks Belia dan Sukan di sini hari…










