Pegawai pentadbiran lebur RM40,000 akibat Macau Scam - Utusan Malaysia

Pegawai pentadbiran lebur RM40,000 akibat Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Seorang pegawai pentadbiran mengalami kerugian kira-kira RM40,000 selepas diperdaya dengan panggilan Macau Scam di kediamannya di Subang Jaya dekat sini semalam.

MOHAMMAD AZLIN SADARI
MOHAMMAD AZLIN SADARI 

Kejadian penipuan itu berlaku apabila mangsa merupakan wanita menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan mendakwa sebagai pegawai mahkamah Kuala Lumpur memberitahu sebuah syarikat yang menggunakan nama mangsa mempunyai tunggakkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) RM85,000.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, biarpun mangsa menafikan mempunyai tunggakkan tersebut panggilannya kemudian disambungkan kepada pegawai penyiasat dari Bukit Aman.

“Berdasarkan perbualan tersebut, hasil semakan nama dan kad pengenalan mangsa dikatakan terlibat dengan kes pengubahan wang haram melibatkan transaksi wang berjumlah RM1.2 juta dan suspek meminta mangsa menyerahkan nama pengguna dan kata laluan bagi tiga bank untuk tujuan siasatan.

“Bagaimanapun selepas beberapa minit menunggu, mangsa mendapati kesemua wang dari ketiga-tiga akaunnya telah dipindahkan melalui transaksi menyebabkan wanita tersebut mengalami kerugian RM39,199,” katanya di sini hari ini.

Jelas Azlin, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420, Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN