PDRM umum pertukaran pangkat empat pegawai kanan - Utusan Malaysia

PDRM umum pertukaran pangkat empat pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengumumkan pertukaran serta kenaikan pangkat membabitkan empat pegawai kanannya berkuat kuasa 19 November depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, mendahului senarai pertukaran tersebut ialah Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abd. Halim Bulat yang ditukarkan jawatan kepada Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Urusetia), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mazleen Mohd. Nasir pula akan menggalas tugas baharu sebagai Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/ Perhubungan Antarabangsa) di jabatan sama.

“Selain itu, Komandan Pusat Latihan Marin, Tampoi, Johor, Deputi Superintenden Ahmad Sahrin Hussain akan menggalas jawatan sama di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kota Kinabalu, Sabah dengan memangku pangkat Superintenden,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengakhiri senarai pertukaran jawatan tersebut ialah, Pegawai Turus (D11), Siasatan Seksual Wanita Dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Shafa’aton Abu Bakar pula akan ditukarkan sebagai Ketua Polis Daerah Sungai Buloh dengan memangku pangkat Superintenden. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN