PDRM umum enam pegawai kanan bertukar - Utusan Malaysia

PDRM umum enam pegawai kanan bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran serta kenaikan pangkat membabitkan enam pegawai kanannya berkuat kuasa 5 November depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, mendahului senarai adalah Superintenden Bahagian Urusetia, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Superintenden Razali Abu Samah yang akan menjawat jawatan Penolong Pengarah Kepolisan Am, Bahagian Pengurusan Dasar/ Sumber, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Menurutnya, yang turut bertukar adalah Timbalan Ketua Polis Daerh Besut, Deputi Superintenden Kamsani Hassan yang dilantik Ketua Jabatan Pengurusan Terengganu dengan memangku pangkat Superintenden manakala Deputi Superintenden Pentadbiran, Cawangan Pentadbiran Bahagian Urus Tadbir/ Kepolisan Am, Maktab PDRM Kuala Lumpur iaitu Deputi Superintenden Megat Ayop Megat Ariffin pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan perlis dengan memangku pangkat Superinteden.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketua Polis Daerah Keningau, Sabah iaitu Deputi Superintenden Ahmad Jawila pula ditukarkan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah dengan memangku pangkat Superintenden dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Deputi Superintenden Pang Jin Lai pula menjawat jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan.

“Timbalan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Integriti) Kedah, Deputi Superintenden Azmi Ismail akan bertukar ke Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kedah dengan memangku pangkat Superintenden,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini