PBWF Kuantan bangkit atasi Akademi Felda - Utusan Malaysia

PBWF Kuantan bangkit atasi Akademi Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENGKA 12 Okt. – Naib juara tahun lalu, Persatuan Bola Sepak Felda Wilayah (PBFW) Kuantan menepati ramalan melangkah ke separuh akhir Piala Pengerusi Felda 2018 selepas menewaskan Akademi Felda 2-1 dalam suku akhir di sini hari ini.

Lebih manis, kemenangan itu hasil kebangkitan penuh bergaya skuad kendalian Budi Harnalies Ali yang terpaksa beraksi kurang seorang pemain dalam sebahagian besar separuh masa kedua.

Bagi pengurus PBFW Kuantan, Raduan Rozali, pujian harus diberi kepada pemainnya selepas berjaya mengekalkan fokus biarpun kehilangan Hashim Shamsudin yang dilayangkan kad merah pada minit ke-29.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menganggapnya sebagai rezeki kerana kami beraksi dengan 10 pemain dan mereka pula 11. Biasanya apabila keadaan sebegini pastinya tekanan lebih kepada kami.

“Tetapi pemain saya terus fokus dan menunjukkan semangat yang tinggi untuk bangkit mengatasi lawan. Ini semua mungkin berpunca daripada persiapan yang baik sebelum perlawanan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Dalam aksi suku akhir di padang Seri Pagi, Jengka petang tadi PBFW Kuantan lebih mendominasi permainan namun gagal menterjemahkan gol ketika benteng Akademi Felda yang dipimpin Afham Mustakim Hisham kebal mematahkan gerakan lawan.

Menanti PBFW Kuantan di separuh akhir nanti adalah PBFW Sahabat yang melakar kejutan menewaskan PBFW Gua Musang 1-0 dalam satu lagi suku akhir di padang PPPTR Tekam.

Pertandingan yang disertai warga Felda seluruh negara itu menawarkan hadiah kemenangan RM20,000 buat juara dengan naib juara membawa pulang RM15,000 diikuti pemenang tempat ketiga (RM8,000) dan keempat (RM5,000). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini