LOS ANGELES 14 Okt. – 12 pemain dan jurulatih bola sepak Wild Boars yang pernah menjadi perhatian masyarakat dunia selepas terperangkap dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai, Thailand selama lebih dua minggu pada awal tahun ini, kini dijemput menjadi tetamu dalam program televisyen terkenal iaitu Ellen DeGeneres Show. Perkara itu didedahkan oleh hos program berkenaan, Ellen selepas beliau memuat naik gambarnya bersama-sama mereka di Twitter miliknya. Ellen mengumumkan mereka akan muncul dalam program berkenaan esok. Turut akan hadir sebagai tetamu dalam program tersebut ialah pemain bola sepak terkenal, Zlatan Ibrahimovic.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya