PORT DICKSON – Pasar tani Batu 4, Bagan Pinang di sini menjadi lokasi ‘serangan’ tiga calon termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri kempen masing-masing pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, untuk meraih undi masyarakat setempat. Dibuka seawal 7 pagi, lokasi penduduk membeli barangan keperluan harian itu ‘dikejutkan’ dengan kehadiran bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang tiba pada kira-kira 7.50 pagi. Calon…










