KUALA LUMPUR 3 Okt. – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu diteruskan sekiranya memberi keuntungan kepada semua pihak termasuk Malaysia bukan kepada China sahaja.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau telah menyentuh mengenai projek tersebut ketika sesi diskusi ekonomi antara beliau dan Duta Besar Amerika
Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir berlangsung baru-baru ini.
“Saya kemukakan tajuk ekonomi yang mega seperti ECRL di antara Malaysia dan China.
“Saya bersetuju projek tersebut diteruskan sekiranya memberi keuntungan kepada semua pihak termasuk Malaysia bukan kepada China sahaja. Begitulah juga hubungan Malaysia dengan negara lain termasuk AS,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE











