KUALA LUMPUR – Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 telah diwarta Jabatan Peguam Negara semalam bagi menggalakkan perancangan dan pembangunan mapan di ibu kota, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, pelan itu memberi keutamaan kepada pembangunan kualiti alam sekitar, kesaksamaan sosial dan kemakmuran ekonomi. “Draf pelan ini telah siap pada 2012 lagi, bagaimanapun kerajaan terdahulu telah menangguhkan beberapa kali usaha untuk mewartakannya sehingga menyebabkan kelewatan…