Parlimen Malaysia contohi Parlimen Britain, Australia - Utusan Malaysia

Parlimen Malaysia contohi Parlimen Britain, Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Parlimen Malaysia mahu mencontohi sistem yang dilaksanakan Parlimen di Britain dan Australia dalam menginstitusikan sistem jawatankuasa.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof berkata, sistem satu jawatankuasa ini dijangka dibentuk dengan seberapa segera.

Katanya, selama ini Parlimen di negara ini sudah pun mempunyai beberapa jawatankuasa yang sebenarnya tidak perlu untuk ditubuhkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mahu menubuhkan jawatankuasa yang selari dengan Britain dan Australia. Mereka lebih matang dalam sistem demokrasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Advokasi Ahli Parlimen di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Yang turut hadir pada program itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell dan Pengerusi Westmintser Foundation for Democracy United Kingdom, Hugh Bailey.

Seramai 40 ahli Parlimen serta senator hadir dalam program yang diadakan selama dua hari berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini