Parlimen: Kerajaan kekal pendirian tidak hapuskan tol - Utusan Malaysia

Parlimen: Kerajaan kekal pendirian tidak hapuskan tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Baru Bian menyerahkan kepada rakyat sama ada mahu terus bermimpi atau menerima realiti bahawa janji menghapuskan tol di seluruh negara tidak dapat dilaksanakan. 

“Adakah rakyat Malaysia bermimpi? Itu terpulang kepada rakyat,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) yang meminta kerajaan menjelaskan adakah rakyat Malaysia perlu berhenti bermimpi untuk memiliki lebuh raya tanpa tol di negara ini.

Baru Bian berkata, kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak menghapuskan tol di negara ini selagi keadaan kewangan negara tidak dipulihkan dan sampai ke satu peringkat yang sihat.

“Saya ingin katakan sekali lagi bahawa dasar kerajaan ini adalah jelas dan kita tidak akan hapuskan tol sehingga tahap kewangan sampai ke tahap sihat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN