MELANGKAH masuk ke Studio Utusan sambil menjeling ke arah sekumpulan individu yang sedang dirakam gayanya oleh jurukamera bertugas, seloroh Ario: “Saya kenal lelaki itu.” Sambil jari telunjuknya menuding ke arah si pelakon Amerul Affendi, antara regu lakonnya dalam naskhah One Two Jaga. Persinggahan pemain layar Java Heat itu juga atas komitmen sama, turun padang demi promosi filem pertama paduannya bersama produksi Malaysia, One Two Jaga. Membawa watak Sugiman, iaitu bapa…










