BINTULU 23 Okt. – Tiga wanita warga asing dicekup polis dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah rumah tumpangan kawasan bandar di sini semalam. Dalam serbuan sekitar pukul 12 tengah hari, serbuan dijalankan sepasukan polis cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu. Ketua Polis Daerah, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, serbuan tersebut berjaya menahan tiga perempuan warga asing berusia antara 24 hingga 31 tahun dan dua lelaki…










