Padah hayun parang pada penarik kereta - Utusan Malaysia

Padah hayun parang pada penarik kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Padah menghayun sebilah parang terhadap seorang penarik kereta yang ingin menarik kereta di sebuah bengkel, seorang mekanik akhirnya menerima balasan hari ini apabila didenda RM900 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Lee Kar Meng, 47, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abd. Rahman atas pertuduhan melakukan serangan dengan menghayun sebilah parang terhadap S. Ilamaran, 31, di MKL Auto Car Service, Jalan 12/144A, Taman Bukit Cheras di sini kira-kira pukul 3.45 petang, 12 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Marcus Low yang mewakili Kar Meng memohon hukuman ringan atas alasan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya malah tertuduh perlu menyara isteri dan dua anak serta menghidap penyakit darah tinggi.

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian selepas berang apabila mangsa ingin menarik keretanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN