KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin akan dipanggil semula untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung isu kehilangan wang tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion, jika ada keperluan.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan telah memberikan keterangan semalam dan beliau memberi kerjasama baik dalam menjelaskan segala persoalan yang diajukan anggota PAC kepadanya berkenaan isu tersebut.
“Saya tidak boleh dedahkan kepada anda apa yang berlaku semasa prosiding ini tetapi dia telah memberi keterangan dan kerjasama yang baik memberi penjelasan terhadap soalan-soalan yang ditanya ahli PAC.
“Secara dasarnya, Najib menjelaskan tentang perjalanan aliran kewangan kerajaan, pungutan daripada GST, berhubung pulangan GST dan itu adalah isu yang dicari oleh PAC ketika ini dan soalan itu berpandu pada terma rujukan PAC,” katanya ketika ditemui selepas prosiding PAC terhadap Najib di bangunan Parlimen di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










