KUALA LUMPUR 19 Okt. – Suami mana tidak seram kalau kena ’gari’ dengan isteri kalau hendak ke mana-mana? Bagaimanapaun, itu hanya gurauan antara Jufri Jaffar, 30, dan isterinya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga minggu lalu apabila gambarnya digari isteri tular di media sosial baru-baru ini. Menurut Jufri, gambarnya itu di ambil oleh kawannya ketika singgah di kedainya dan di muat naik dalam laman media sosial. “Saya terkejut juga sebenarnya…