SHAH ALAM 4 Okt. – Operasi menyelamat seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas di sebuah lombong di Puchong malam semalam yang kemudiannya bertukar tragedi hingga meragut nyawa enam anggota Pasukan Penyemat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Hamdin Wahid berkata, walaupun keadaan di lokasi kejadian gelap, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tetap diteruskan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air berikutan paras air tidak dalam.
Bagaimanapun, Mohamad Hamdin memberitahu pihaknya akan mengkaji semula taktikal SOP bagi memastikan tiada lagi insiden serupa pada masa hadapan.
“Dari segi SOP memang pasukan telah mengikuti setiap SOP tetapi lokasi kejadian ialah kawasan kawalan banjir. Jadinya di kawasan itu ada terjunan air dan operasi pencarian dilakukan di situ kerana kita percaya mangsa lemas ada di
terperangkap di kawasan itu.
“Tetapi disebabkan arus bawah permukaan yang deras, seorang anggota tergelincir sebelum diikuti yang lain. Sebaik di bawa naik, bantuan pernafasan segera diberikan tetapi disebabkan lebih 10 minit terperangkap di dalam arus mereka gagal diselamatkan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











