Operasi mencari remaja lelaki hilang di lombong diteruskan - Utusan Malaysia

Operasi mencari remaja lelaki hilang di lombong diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dilaporkan lemas di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran Perumahan D’Islands, di sini, semalam, bersambung semula pada pukul 8 pagi tadi. 

Komander operasi, Izman Adnan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor (Zon 5) berkata, pihaknya memulakan pencarian melalui permukaan di bahagian tebing sepanjang 40 meter. 

“Operasi tersebut dilakukan oleh enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dibantu oleh enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sementara menunggu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang akan dihantar bagi mencari mangsa berusia 17 tahun itu. 
  
“Kami turut dibantu oleh 12 pegawai dan anggota Polis Marin dan pasukan perubatan dari Hospital Putrajaya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini. 
  
Izman memberitahu, pihaknya mengalami kesukaran untuk melakukan operasi disebabkan arus air yang deras.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Arus air masih lagi deras dan kita masih mengenalpasti sama ada selamat atau tidak melakukan pencarian melalui selaman.

“Ia bergantung juga kepada aliran air dan cuaca. Selain itu, kami turut bergantung dengan petunjuk daripada rakan mangsa bagi mengesan lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang,” ujarnya.

Sekitar lokasi kejadian yang dikawal oleh pihak berkuasa bagi membolehkan operasi SAR dijalankan unt
Sekitar lokasi kejadian yang dikawal oleh pihak berkuasa bagi membolehkan operasi SAR dijalankan untuk mengesan seorang remaja lelaki yang tergelincir ke dalam lombong semalam. – Foto ZAKI AMIRUDDIN

  
Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan terjatuh selepas tergelincir ketika mahu melihat dua rakannya yang juga berusia 17 tahun memancing di tempat kejadian. 

Semalam, Kosmo! melaporkan tragedu menimpa enam anggota bomba apabila mereka mati lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa yang dilaporkan hilang di Tasik Putra Perdana dekat sini.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6 petang semasa kesemua yang merupakan anggota daripada unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman di lokasi kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini