KOTA BHARU 16 Okt. – Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mahupun parti itu sendiri tidak pernah menyatakan sokongan terhadap Oktoberfest, malah akan menentang habis-habisan jika pesta arak tersebut menimbulkan masalah dan mengancam ketenteraman awam. Menurut Takiyuddin, ketika bercakap kepada pemberita di Parlimen semalam, beliau menyatakan dengan tegas apa sahaja majlis melibatkan arak tidak boleh dianjurkan sekiranya boleh menimbulkan keresahan, kacau ganggu, menyentuh sensitiviti dan menimbulkan kekacauan. “Saya ingin menjelaskan mengenai kenyataan saya yang disalahertikan mengenai penganjuran Oktoberfest. “Saya ingin menyatakan kenyataan lisan saya kepada pihak media itu telah tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya