“Bila saya pegang jarum, manik dan labuci, saya lupa semua benda. Saya suka lihat manik dan labuci yang berkerlip sebab boleh jadi terapi diri, hilang rasa lapar dan penat.” Demikian pengakuan jujur Farah Tun Kamaruddin yang berasal dari Klang, Selangor. Gadis manis berusia 22 tahun ini, tidak mempunyai latar belakang dalam rekaan fesyen, malah hanya belajar menjahit dengan tukang jahit biasa-biasa sahaja. Pun begitu, melihat jari-jemarinya yang pantas dan sedikit pun tidak kekok memasang satu persatu manik dan labuci yang kecil dan halus, ternyata dia sangat meminati kerja-kerja halus tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya