Nurulhidayah laung hipokrasi dedah pernah berjuang pada zaman reformasi - Utusan Malaysia

Nurulhidayah laung hipokrasi dedah pernah berjuang pada zaman reformasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Laungan hipokrasi bergema sebagai tanda solidariti kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Frasa tersebut dilaungkan oleh anak sulung, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagai menggantikan perkataan reformasi yang sering dilaungkan oleh para pemimpin Parti Keadilan Rakyat diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya berjuang bukan kerana Ahmad Zahid abah saya tetapi saya berjuang untuk rakyat. Saya tidak pernah berdiri di sini kerana saya tidak diberi peluang untuk menyatakan kebenaran dan hari ini abah saya ditahan.

“Mana laungan reformasi, saya hendak ajar laungan lain… hipokrasi… hipokrasi… hipokrasi,” katanya sambil sambut lebih 200 penyokong yang hadir pada Perhimpunan Solidariti Untuk Ahmad Zahid di hadapan Ibu Pejabat SPRM di sini malam ini.

Hadir sama pada perhimpunan tersebut isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis bersama ahli keluarganya termasuk Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam merangkap Presiden Pemantau Malaysia Baru.

Nurulhidayah mendedahkan, dia meluahkan kemarahan yang tersimpan selama ini apabila mengimbau kembali peristiwa berlaku pada tahun 1998.

Jelasnya, dia bersama-sama para mahasiswa pada ketika itu bagi menuntut supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dihapuskan termasuk meminta supaya Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad letak jawatan.

“Mana reformasi laungan Hishamudin Rais ? Mana sahabat-sahabat saya yang pertahan reformasi ? Mana Datuk Seri Anwar Ibrahim ? Tidakkah Anwar Ibrahim dan Nuruh Izzah Anwar nampak perkara ini ?

“Dalam DNA saya tidak diajar jadi biadab dan kurang ajar, tidak mahu jadi seperti Nurul Izzah laung reformasi selama 20 tahun. Sekarang kita harus bela rakyat,” katanya dengan penuh semangat. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN