Nora Danish sanggup botak demi watak - Utusan Malaysia

Nora Danish sanggup botak demi watak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Kecoh dunia hiburan tanah air apabila pelakon popular, Nora Danish memuat naik gambar dengan penampilan berkepala botak dalam laman sosial Instagramnya pagi tadi.

Penampilan Nora Danish untuk telemovie, Hingga Jumpa Lagi yang kini dalam penggambaran.

Nora ketika dihubungi Utusan Online berkata, penampilan tersebut adalah demi menjayakan watak Eva yang merupakan seorang pesakit kanser rahim tahap empat untuk telemovie lakonan terki­ninya, Hingga Jumpa Lagi.

“Memang teruja apabila dibe­ritahu watak Eva ini memerlukan saya untuk botak. Malah bukan mudah untuk melakonkan watak Eva ini. Banyak main emosi dan watak yang cukup berat.

“Tapi sebagai pelakon, saya memang suka membawa watak berat dan mencabar. Kena banyak bermain dengan jiwa. Walaupun (watak) berdepan ujian tetapi kena positif.

“Saya harap dengan watak Eva ini, pesakit kanser sedikit sebanyak mengambil kekuatan daripada telemovie tersebut. Te­ruskan kehidupan dan saya doakan anda semua kuat,” katanya.

Telemovie Hingga Jumpa Lagi yang diterbitkan KL Motion Pictures itu bakal dita­yangkan di Astro dan turut dibintangi pelakon Kamal Adli serta mendapat sentuhan pengarah, Wan Hasliza.

Membuka lembaran sejarah industri seni tanah air, pelakon, Sharifah Amani pernah membotakkan kepalanya demi watak Rohani dalam filem Muallaf sekitar 2007.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN