Nelayan ditemukan meninggal dunia dalam bot - Utusan Malaysia

Nelayan ditemukan meninggal dunia dalam bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 19 Okt. – Seorang nelayan menangkap ketam dan ikan pari, Md. Shukri Saud, 59, dari Kampung Keda, Bukit Tukang Jusuh, Kota Kuala Muda ditemukan mati dalam bot miliknya sendiri antara Kuala Sungai Merbok – Sungai Pial di sini, hari ini.

MD. SHUKRI SAUD
MD. SHUKRI SAUD 

Seorang rakannya, Johari Abu Hassan, 57, berkata, mangsa keluar dari rumah seorang diri untuk menarik pukatnya di kawasan itu kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

“Bagaimanapun, beberapa nelayan lain begitu terkejut bila melihat bot yang dinaiki olehnya hanyut menuju ke arah lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik sahaja rakan-rakannya ingin memberi pertolongan lebih kurang pukul 8 pagi, mangsa didapati telahpun meninggal dunia dalam bot itu dan rakan-rakan terus menarik botnya itu ke Pantai Teluk Nipah di sini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa adalah ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Muda melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Sementara itu Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini