Najib hadir sekali lagi ke SPRM - Utusan Malaysia

Najib hadir sekali lagi ke SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 16 Okt.- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tampil sekali lagi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau dipercayai tiba dengan memasuki pintu belakang SPRM di sini pada pukul 10 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih.

Difahamkan, Ahli Parlimen Pekan itu dipanggil memberikan keterangan berhubung skandal kes syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib sebelum ini pernah beberapa kali dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM membabitkan kes 1MDB termasuk anak syarikatnya, SRC International Sdn. Bhd.

Malah beliau pernah dihadapkan ke mahkamah membabitkan kes di bawah
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan pecah amanah (CBT). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN