Najib hadir ke mahkamah - Utusan Malaysia

Najib hadir ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada pukul 9.18 pagi di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Halim sebentar tadi. 

Ahli Parlimen Pekan itu yang hadir memakai baju batik berwarna ungu tiba di kompleks mahkamah menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih.

Bekas Presiden UMNO itu sempat melambaikan tangan sambil melemparkan senyuman kepada para wartawan serta jurugambar.

Najib hadir beri sokongan
NAJIB Tun Razak hadir memberi sokongan terhadap Datuk Seri Ahmad ZAhid Hamidi Mahkamah hari ini. – UTUSAN ONLINE/AZLAN HADI ABU BAKAR

Kedatangan Najib, 65, adalah untuk memberi sokongan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dijangka menghadapi 45 pertuduhan berjumlah lebih RM10 juta di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sebelum ini beliau telah menerima notis untuk hadir ke SPRM dipercayai berhubung siasatan penyelewengan dana yayasan milik keluarganya iaitu Yayasan Akal Budi. —UTUSANONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN