KUALA LUMPUR 3 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi memanggil bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disoal siasat hari ini.
Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB) Datuk Lokman Noor Adam berkata, Ahli Parlimen Pekan itu akan hadir ke Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Menara KPJ, Jalan Tun Razak pukul 10 pagi.
Menurutnya, beliau hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
“Semua teman-teman seperjuangan yang berkelapangan dijemput untuk hadir sama sekitar jam 9.30am sebagai tanda solidariti.
“Kehadiran ini juga sebagai tanda bantahan kita terhadap penyalahgunaan AMLA,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE











