Najib beri keterangan berhubung pembayaran hutang dana pelaburan 1MDB hari ini - Utusan Malaysia

Najib beri keterangan berhubung pembayaran hutang dana pelaburan 1MDB hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipanggil sekali lagi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber, Najib dipanggil untuk memberi keterangan berhubung pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) kepada International Petroleum Investment Co. (IPIC).

“Beliau dipanggil untuk membantu siasatan berikutan terdapat penemuan baharu dalam siasatan 1MDB yang masih aktif dijalankan,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 10 pagi melalui pintu belakang bangunan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN